AT MINANGKABAU LAND (10 -13 Jun 2009)

Sunday, June 21, 2009

Hari ke-3 di Bukit Tinggi

Hari ke-3 kami dijadualkan bertolak ke PADANG & bermalam di sana. Jam 8 pg kami check-out dr Hotel Gran Malindo. Selepas bersarapan kami berjalan kaki menyeberang jalan untuk melihat keindahan Sianok Canyon & Japanese Tunnel. Kumpulan rang mudo semua ke Japanese Tunnel. Otai mcm aku bergerak ke arah gerai2 yg terdapat di situ. Oh rupanya ada deretan kedai di situ. Sempat lg berkenan pd baju2 yg bergantungan di sebuah gerai.

Jam 10 .10 kami meninggalkan Bkt Tinggi. Di pertengahan jalan berhenti di Hjh Rosma Embroidery. Di sini kami dibawa melihat bagaimana kain2 sulam dibuat. Hurm...rumit juga tau. Ramai anak2 gadis dr serata Sumatera berkursus di situ. Dalm 4 bulan mereka sudah mahir untuk membuat sulaman yg baik. Sungguh mempesonakan. Aku hanya membeli sehelai tudung.

On d way ke Padang kami singgah minum kopi percuma di kilang kopi & kilang membuat pisang salai. Bestnya pisang salai percuma. Sayangnya aku tdk dpt membeli pisang salai krn beg sudah berat. Kami kemudian berhenti makan di Pondok FLORA di Batu Sangkar .Restoran ini di kelilingi kolam & sawah padi. Oh, penuh dgn nostalgia apabila ada penjual meniupkan seruling bambu. Selepas makan kami menuju ke PADANG yg mengambil masa agak lama untuk sampai. Kami dibawa melihat senario PADANG, pelabuhan PADANG selepas makan nasi PADANG.

Henry, tourist guide kami kemudian bercerita mengenai SITI NURBAYA sewaktu melewati Jambatan & kubur SITI NURBAYA . Hurm. Aku sekali lagi memang tidak ingat langsung cerita SITI NURBAYA wpun Henry telah menceritakannya dr awal hingga akhir. Kami menginap di Hotel Ambacang, hotel 3 bintang tp bagus sekali biliknya.

Malam itu agak mencemaskan kerana UMRAH terpaksa dibawa ke hospital. Pantas sekali pintu cermin hospital dibuka & Umrah di bawa dgn wheelchair ke bilik rawatan ditemani Kak Limah sementara aku mengisi borang di kaunter ditemani Henry. Syukur Alhamdulillah segalanya selamat.

Hari ke-4 kami check out jam 5.30 pg. Airport hanya 15 minit dr hotel. Jam 8.30 waktu Padang, di Malaysia pukul 9,30 pg kami sudah berada di perut AK 471.

HARI KEDUA

BALI 3 -7 jun

BUKIT TINGGI PAHANG

Vacation at Bandong