AT MINANGKABAU LAND (10 -13 Jun 2009)

Sunday, July 5, 2009

Mencari RHB TRAINING CENTRE BANGI

Belum hilang penat seminggu di Alor Star aku diminta oleh adik bongsu untuk mengambilnya di Alamanda. Huh..tak reti aku nk ke sana jd aku mengambil keputusan jumpa dia di Bangi, di RHB Training Centre. Dgn 2 x bertanya aku menemui lokasi di mana ada banyak training centres di situ termasuk Public Bank, BSN, Maybank Academy, DCL & bnyak lagi. Hujan lebat ketika aku meredah Bangi. Berpusing2 aku mencari tp puas hati bila berjaya .Banyaknya deretan kereta di sepanjang jalan. RHB Training Centre betul2 di hujung jalan. Macam dalam hutan pun ada kerana dari tempat aku bertanya aku melintasi banyak kilang termasuk SONY. Mcm ada aura pulak kali kedua aku berhenti bertanya memang di situlah letaknya kawasan di mana ada bnyk training centres. Lega hatiku apabila aku ternampak MAYBANK ACADEMY. Wah mcm Police Academy/Akademi Fantasia pulak...aku tersalah tempat berhenti krn asyik teringat nk ke Maybank mengambil duit pun tak sempat. Nasib baiklah RHB Training Centre tdk jauh dari situ.

Kami makan di Taman Warisan Pertanian. Aku tahu tempat tu pun masa kawan2 membawaku makan setelah 3 hari aku bersara. kalau tdk aku tak tahu tempat itu. Thanks Hjh Masliza, Adzlina, Faizah D, Nazahiyah, Norizan. Lepas makan kami ke Alamanda. Rupanya tempat yg ku cari ini dekat sahaja dr Alamanda. Patutlah adikku meminta aku mengambilnya kerana ramai peserta kursus pergi ke Mid Valley & mungkin dia sendirian di bilik. Malam Isnin itu sempat lg menelefon Rien untk buat teh tarik...tq Rien sb Cafe Rien masih dibuka.YES!! ada kuih kasturi & psg goreng...mcm Rien tau je aku nk dtg

Saturday, July 4, 2009

25 & 26 June 2009-Regency Hotel Hat Yai.
Teringat pernah menginap di hotel ini dgn Nora tahun lepas. Cepatnya masa berlalu tapi aku masih ingat tempat2 shopping di sini. Khamis Kedah dah cuti tp tak ramai d sempadan masa nak cop passport. Kalau jadi ahli hotel menginap di sini kena bayar RM90 je. jadi aku pun dah mendaftar dgn hanya membayar Baht100 (rm10)/ Hey..bila pulak nak mai lagi ke sini ye?
Di sini yg menyebabkan pelancong datang mungkin sebab ikan bakar, sotong bakar & tempat membeli belah barang2 kulit yg ori & tak ori. Jauhari je yg mengenal manikam. Memang sedap pun makanan di sini. Tapi kena tahu yg halal /tak halal.

Sunday, June 21, 2009

Hari ke-3 di Bukit Tinggi

Hari ke-3 kami dijadualkan bertolak ke PADANG & bermalam di sana. Jam 8 pg kami check-out dr Hotel Gran Malindo. Selepas bersarapan kami berjalan kaki menyeberang jalan untuk melihat keindahan Sianok Canyon & Japanese Tunnel. Kumpulan rang mudo semua ke Japanese Tunnel. Otai mcm aku bergerak ke arah gerai2 yg terdapat di situ. Oh rupanya ada deretan kedai di situ. Sempat lg berkenan pd baju2 yg bergantungan di sebuah gerai.

Jam 10 .10 kami meninggalkan Bkt Tinggi. Di pertengahan jalan berhenti di Hjh Rosma Embroidery. Di sini kami dibawa melihat bagaimana kain2 sulam dibuat. Hurm...rumit juga tau. Ramai anak2 gadis dr serata Sumatera berkursus di situ. Dalm 4 bulan mereka sudah mahir untuk membuat sulaman yg baik. Sungguh mempesonakan. Aku hanya membeli sehelai tudung.

On d way ke Padang kami singgah minum kopi percuma di kilang kopi & kilang membuat pisang salai. Bestnya pisang salai percuma. Sayangnya aku tdk dpt membeli pisang salai krn beg sudah berat. Kami kemudian berhenti makan di Pondok FLORA di Batu Sangkar .Restoran ini di kelilingi kolam & sawah padi. Oh, penuh dgn nostalgia apabila ada penjual meniupkan seruling bambu. Selepas makan kami menuju ke PADANG yg mengambil masa agak lama untuk sampai. Kami dibawa melihat senario PADANG, pelabuhan PADANG selepas makan nasi PADANG.

Henry, tourist guide kami kemudian bercerita mengenai SITI NURBAYA sewaktu melewati Jambatan & kubur SITI NURBAYA . Hurm. Aku sekali lagi memang tidak ingat langsung cerita SITI NURBAYA wpun Henry telah menceritakannya dr awal hingga akhir. Kami menginap di Hotel Ambacang, hotel 3 bintang tp bagus sekali biliknya.

Malam itu agak mencemaskan kerana UMRAH terpaksa dibawa ke hospital. Pantas sekali pintu cermin hospital dibuka & Umrah di bawa dgn wheelchair ke bilik rawatan ditemani Kak Limah sementara aku mengisi borang di kaunter ditemani Henry. Syukur Alhamdulillah segalanya selamat.

Hari ke-4 kami check out jam 5.30 pg. Airport hanya 15 minit dr hotel. Jam 8.30 waktu Padang, di Malaysia pukul 9,30 pg kami sudah berada di perut AK 471.

Saturday, June 20, 2009

HARI KEDUA- selepas lunch

Mcm2 teka teki keluar untuk menghilangkan kebosanan perjalanan yg berkelok2. Antaranya ada berapakah selekoh di sepanjang jalan ini? Walau pun ada 44 tp aku jawab pd Henry 2. iaitu kiri & kanan. Betulll..tp tak dpt hadiah. Kenapa bangau berdiri sebelah kaki? Ada hadiah tp semua org tk dpt menjawab soalan henry. Kami mengaku kalah. Jawapannya ialah kalau bangau tu berdiri dgn kedua2 belah kakinya maka akan terjatuhlah bangau itu...kah kah kah ..pandai jugak si Henry ini membuat lawak..Samalah spt soalan "Mengapakah Siti Nurhaliza menyanyi sambil menutup telinga?" Jawapannya kalau dia menutup mulutnya mcm mana dia nak menyanyi???he he he...aku tak pernah pulak dgr joke itu ....

Petang itu slps makan kami di bawa ke PASAR 2 tingkat (Mcm Pasar Payang Trengganu gamaknya) Aku tak naik ke pasar sb penat berjalan & terpaksa mencari kamar kecil. Aku hanya beli CD Elly Kassim berharga 25 ribu rupiah. Sambil menunggu di bwh pohon pertemuan aku membeli pisang rebus. Ada pulak bdk2 menghampiri dgn sebuah gitar & kotak derma. Ha..satu lagu Ayam Den Lapeh entah berapa ribu bdk2 tu mintak, Tp takpelah,,budak2 tu menghiburkan bkn merempit di jalan2 & meragut beg org....Inilah kehidupan di sini..aku menghormati mereka.

HARI KEDUA- (sebelum makan tengah hari)

Hari ini nak melihat Tasik Maninjau. Tp Henry stop kat Annisa Embroidery sb masih awal lagi. Pd hari pertama dah shopping di sini & aku sempat membeli 5 pasang telekong & 5 pasang kain cotton & meminta brg2 itu dipack terus ke dlm sebuah kotak.Tak sorang kelihatan di dlm kedai. Rupanya masing2 dah menyeberang jalan untk ke kedai menjual barang kulit (kedai sandal namanya). Aku tak beli apa2 di sini. Kami menyeberang semula & mula shopping lagi.

Nasib baik Henry panggil cpt kalau tdk entah pukul berapa akan sampai ke Tasik Maninjau. Pantang stop mesti semua org turun & leka membelek2 kain/ baju.Lama juga perjalanan menuju ke sana krn harus melalui 44 buah kelok yg dipanggil KELOK 44. Agaknya apa AZHAR satu2nya kaum adam yg ada melabelkan semua pempuan yg giler shopping???Tanya Naza lah k?
Akhirnya sampai ke Gallery BUYA HAMKA. Mendengar pengkisahan riwayat hidup HAMKA membuat aku teringat akan NOVEL2 Tenggelamnya kapal Van Der Wijk dll tp aku dh lupa cerita apa. ( anak sdra Hamka yg bercerita)Sesudah melihat2 album & peninggalan Hamka di Gallery kami ke Pustaka Hamka di seberang jalan.Aku membeli 3 buah buku berharga rm18. Buku Hamka 2 buah rm12.00 lbh kurang sb satu lagi ialah buku Salah Asuhan oleh Abd Moes. Keluar dr kedai buku aku dhampiri penjual2 t-shirt. Kerana kesian pd seorg penjual,yg merayu2 aku pun membeli 7 helai T-Shirt berharga 100 ribu rupiah. (3 helai jual pd nab)

Maklumat terkini untuk TEKARIA BULAN JUN

1. CONTOH jAWAPAN: 5.3 JUTA RUPIAH (jawpan dlm juta rupiah shj)
Nota: ( rm1,000.00=2.7 juta rupiah)

2. Pembelian rm80.00 dibenarkan meneka 2x.

3. Sila e-mail jawapan/ poskan jawapan di sini.

4. Jika tiada jawapan yg tepat, jawapan paling hampir akan dikiras menang tetapi perbezaan jawapan hendaklah kecil(dlm lingkungan +300/-300

5. Hadiah tdk boleh ditukar dgn wang tunai tetapi boleh bertukar destinasi keluar negeri pd bulan Disember

6. Jawapan sebenar akan disimpan di dlm sampul surat dan akan dibuka pd hari penentuan pemenang.

Thursday, June 18, 2009

Bukit Tinggi-Hari Ke-2

Selepas bersarapan pagi itu niat di hati hari kedua aku berjanji pd diriku tak mau beli apa2 hari ini. Nak melihat -lihat shj. Aku & Nab dok sebilik. jd pagi2 kami dah turun ke lobi menunggu waktu bersarapan. Nab pun berjanji tak mau shopping hari itu. Kawan2 belum nampak batang hidung. ye lah pagi lagi waktu itu. Kami bercadang untuk bergambar di luar bangunan Gran Malindo (hotel Kami) Baru ambil 2/3 gambar kami ternampak ada org berniaga di tepi kawasan hotel. Apalagi. Janji tinggal janji. Barang yg ditawarkan memang murah & boleh ditawar lagi. Aku membeli sebab kesian kat peniaga tu. Aku membeli dari ketiga2 peniaga yg dok sederet dgn barang dagangan mereka. Tak banyak habis sb aku hanya membeli sehelai jubah hitam, 2 kopiah untuk ayah dan t-shirt bdk2 rm5 sehelai. aku guna ringgit. Hurm. Nab yg banyak membeli tau. Lepas membeli kami terus naik ke bilik untk menyimpan beg2 plastik tadi.
Ya Allah. Kata tak nak shopping. Tapi tulah. Org pempuan. Belum jauh lagi...keluar pintu hotel je dah tak dpt kawal nafsu shopping. Tapikan...TAK SALAH EK SHOPPING SB GUNA DUIT SENDIRI???....

Tuesday, June 16, 2009

PADANG DALAM INGATAN

"Sudahkah anda berbudaya minang? "Signboard besar terpampang on d way balik ke Padang selepas singgah membeli di beberapa kedai embroidery spt Annisa Embroidery, Hjh Rosma Embroidery dan banyak lagi kedai serupa itu. "Sudahkah anda berbudaya minang" selepas anda mendengar cerita tentang Rumah Gadang, Adat Pepatih & Temenggong, Riwayat hidup & perjuangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) di Muzium HAMKA dll.
Yang pasti aku memang anak minangkabau. Datokku sebelah ayah memang orang Padang tapi sukar untuk mencari waris2 itu kerana sudah lama datokku meninggal dunia. Jika tidak pasti aku akan mencarinya. Aku tidak pandai berbahasa minang tetapi aku boleh faham apabila orang bercakap minang. Kini rasanya aku bangga sekali kerana dapat menjejakkan kaki ke negeri nenek moyangku. Orang Padang suka berniaga...hurm..patutlah darah minang tu dah lama mengalir di dalam tubuhku dan kini aku benar-benar jatuh cinta untuk berniaga...

Monday, June 15, 2009

TEKARIA BULAN JUN

SOALAN . Berapa juta rupiah kah agaknya yg k.zu dah belanja d Bukit Tinggi?

Hadiah: Tiket Penerbangan MAS ke destinasi dalam negara untuk 2 orang. Penerbangan bulan Disember.

Tips:

-14 pasang telekong/ 5 pasang kain cotton bersulam/2 blouse/2 helai baju melayu lelaki/ 1 baju kemeja lelaki/ 2 pasang kain bersulam/6 key chains/ 4 biji durian/1 CD Elly Kassim/ 1 VCD Konsert/ tiket concert/2 buah NOVEL HAMKA / tips untuk driver dan tourist guide. (perbelanjaan lain selain di atas tak masuk)

Syarat penyertaan: Dikehendaki membeli sebarang produk K-Link/Kain batik Bali/ telekong/kain cotton bersulam.

Terbuka untuk warga SMKTD sahaja.

Tarikh tutup: 29 jun 2009

Ada orang nak g ke Bukit Tinggi lagi..


Assalamualaikum kawan2 semua.


Nak tau tak? Dulu Nab taknak ikut pegi ke Padang. Tapi bila dah sampai kat Bukit Tinggi rasanya Nablah orang yg satu2nya akan turun dari coach & membali disetiap tempat berhenti. Nab kata ' I nak datang lagilah dgn family I tapi U yg bawa lagi' He he he. Sorry Nab...


Yang teringin nak pi ke Bukit Tinggi just give me a call. Penerbangan 1 jam 10 minit je. Tanyalah Nab dan kawan2 yg menyertai trip yg k.zu uruskan. BEST GILER....

HARI KEDUA

BALI 3 -7 jun

BUKIT TINGGI PAHANG

Vacation at Bandong