AT MINANGKABAU LAND (10 -13 Jun 2009)

Thursday, June 18, 2009

Bukit Tinggi-Hari Ke-2

Selepas bersarapan pagi itu niat di hati hari kedua aku berjanji pd diriku tak mau beli apa2 hari ini. Nak melihat -lihat shj. Aku & Nab dok sebilik. jd pagi2 kami dah turun ke lobi menunggu waktu bersarapan. Nab pun berjanji tak mau shopping hari itu. Kawan2 belum nampak batang hidung. ye lah pagi lagi waktu itu. Kami bercadang untuk bergambar di luar bangunan Gran Malindo (hotel Kami) Baru ambil 2/3 gambar kami ternampak ada org berniaga di tepi kawasan hotel. Apalagi. Janji tinggal janji. Barang yg ditawarkan memang murah & boleh ditawar lagi. Aku membeli sebab kesian kat peniaga tu. Aku membeli dari ketiga2 peniaga yg dok sederet dgn barang dagangan mereka. Tak banyak habis sb aku hanya membeli sehelai jubah hitam, 2 kopiah untuk ayah dan t-shirt bdk2 rm5 sehelai. aku guna ringgit. Hurm. Nab yg banyak membeli tau. Lepas membeli kami terus naik ke bilik untk menyimpan beg2 plastik tadi.
Ya Allah. Kata tak nak shopping. Tapi tulah. Org pempuan. Belum jauh lagi...keluar pintu hotel je dah tak dpt kawal nafsu shopping. Tapikan...TAK SALAH EK SHOPPING SB GUNA DUIT SENDIRI???....

No comments:

HARI KEDUA

BALI 3 -7 jun

BUKIT TINGGI PAHANG

Vacation at Bandong